USIA BLOG AKU

Lilypie First Birthday tickers
..:::TAG DARI KAK TIHA:::..


1. Berapa umur anda?
* sekarang baru 21 tahun 10 bulan 10 hari sebelum mencecah 22 tahun..hehe

2. Anda berasal?
* pt jayus (sempenan nama moyang, sebab moyang aku yang bukak kampung ni),sri medan, batu pahat, johor..

3. Berapa adik beradik anda? Anak yang ke? Brp lelaki n perempuan?
* 4 orang
* anak no.4 (=p)
* 3 orang perempuan
* 1 orang lelaki

4. Sekolah terakhir anda?
* SMK Sri Medan (nie la sekolah kebanggaan ku....)

5. Bila terakhir anda memotong rambut?
* 8 mei 2009, tarikh bestday abg tu, huhu.. sebab time aku aku gi rebonding rambut sekali..ahakss

6. Shampoo apa yang anda gunakan sekarang?
* Head N Shoulder anti kelelumur

7. Anda gemar menjahit? Kalau tidak nyatakan sebab
* suka....tapi baju raya tahun ni aku lum habis jahit..kwang3x

8. Jika duduk di rumah, adakah anda suka menghias diri
* hias bilik ada la...hehe

9. Apakah kerja rumah yang paling malas anda hendak lakukan?
* rasanya setakat ni tak da kot

10. Soalan terakhir...bagi 5 kenangan MANIS yang tak dapat anda lupakan sampai bila bila
*bercuti ke cameron highlands 2003
*aku lulus ujian memandu 25 mei 2005
* aku dapat g hotel concorde shah alam sempena majlis anugerah presiden kolej 2007
*25 jun 2008 aku konvo kat PWTC
*1st time celebrate bestday my hubby...hehe..9 mei 2009 at pizza hut


1 Malaysia.. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Salam Ramadhan 1429H
&
Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke-52






SELAMAT DATANG BULAN RAMADHAN

bulan ramadhan bakal menjelma 2 hari lagi..kepada semua....SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA...sambutlah bulan puasa dengan penuh keinsafan...semoga bulan ramadhan bulan seribu kerahmatan....aminn

Launch my new blog...

sebenarnya nak update pasal blog baru ni semalam,tapi bz sangat arini baru nk update kat blog sendiri...ayaaaa...jom lah ke blog sha lagi satu yer...aifairdina.blogspot.com...

Akhirnya HAPPY jugak..hehe..

Miss You Myspace Comments
MyNiceSpace.com




erm..camne aku nak mulakan story ni ea..hehe..sebab aku rasa happy sangat lah...maklum la,dah lama aku tak happy macam ni...camni ceritanya,semalam aku gi date.. =p minggu depan dah nk puasa,so minggu ni jela dapat luangkan masa keluar sama2..sabtu,abang pergi pameran pertanian kat serdang,so semalam la dapat keluar sama...yuhuuu...

ok,berbalik pada cerita aku semalam,kitorang keluar dalam kol 12 tengah hari,panas terik kan,tapi time tu cuaca redup jer,seakan-akan faham situasi pada masa tu..eceh333...tujuan pertama keluar sebenarnya nak ambik hp aku yang tersadai kat Summit,bukan apa,memory card problem,so alang2 nak amek hp aku gunakanlah kesempatan tu untuk ajak abang keluar sekali..hehe..akhirnya abang setuju nak keluar...

sampai je kat Summit terus gi kedai hp tu,then check pape yang patut sebelum blah dari kedai tu...settle je semua,terus kitorg menuju ke carefour merangkap Square 1..memula nak makan2 jer,tapi tetiba tengok kat wayang ramai orang,apa lagi.....jom tangok wayang...time sampai tu dalam kol 1 petang,wayang start kol 2 petang,tapi time tu masing2 lapar,amek tiket wayang kol 4.15 petang....

sementara kol 4.15 petang belum sampai waktunya,jom makannn...tempat lepak biasa kitorang kat mana lagi kalo bukan Coffee Rengit..situ je la yang makanannya best...ada sebelah tu mamak,tapi faham2 lah,aku tak suka makan kat kedai mamak...oh nooooo......menu pilihan kitorang biasalah,set of chicken lemon...huh...sedapppp..tak caya try la.. ;) harga pun standard jer,tak mahal sangat,murah pun ok jugak lah...makan 2 orang paling mahal kitorang makan dalam RM22.58...hehe...dessert pun ada,pendek cerita kat sana macam2 menu lagi taw...

lepak makan je dah dekat 2 jam...taw tak kenapa lama benar??sebab aku makan memang lambat...hehe..nasib baik la abang dah masak sangat kalau keluar makan dengan buah hati dia tu..mau tak nya,time makan ada je yang nak diborakkan,macam la lepas makan tak sempat nak cakap..hehehe..=p tapi tu la hakikatnya,kalo makan paling cepat pun sejam...kalau tak macam tu,bukan makan namanya..hihi..abang ye yang sabar tunggu aku makan lama cam gitu... ;)

lepas siap makan,pergi sembahyang kejap,then round Carefour sebelum masuk wayang...kol 4.15 je kitorang masuk perut bilik tu tgok wayang cerita SETEM...saja tengok sebab tu je time masa yang ada,yang lain kol 5 ke atas...cerita tu klasik jugak la,tapi ada babak2 memang kelakar sangat,yela nasib baik ada pelakon yang best2.....ada afdlin shauki,diana daniell,vanida imran,que haidar..ramai lagi lah...habis wayang kol 6.15 petang,sejuk dalam wayang tu...air cond... perghhhh...beku aku 2 jam dalam tu...

lepas puas gelak2,window shopping kejap..hehe...tak beli pape pun,just beli stock candle jer...tapi paling tak best,card point BonusLink aku tak bawak..aaarggghhhh...bayank tu point dah terlepas..;( da puas dalam Square 1,terus menuju ke parking dan balik...sebelum balik pusing2 dulu kat town ngan abang...sampai rumah kol 7.40 malam...

time tu sebenarnya lepas hujan,so...sejukkkkkkkkkkkkk....nak mandi pun alahai....sojuknye....masuk rumah cepat2 mandi,sembahyang,makan,tengok tv,mesej abang,abang yang tido dulu...adeiii....penat la tu...pastu aku pun masuk bilik dan tidooo...ZzZz..

walaupun dapat keluar sekejap,tapi hari ni hari yang cukup happy untuk bulan ni..hehehe...thanks abang sebab kuar ngan ayang...love u sayang....lepas ni nak jumpa,time raya la yer..hihi..time puasa ni masing2 ada hal masing2...so,rindu 2 bulan tak jumpa telah pun mengecap hari pertemuannya jua...tak la lepas ni nak tahan rindu banyak sangat..hihi...pape pun,terima kasih banyak2 abang untuk hari semalam...miss u sayang...


KESUNYIAN

aku rasa sunyi sepi sangat hari ni, malam tadi, semalam petang, pagi tadi..hehehe..bape banyak punye sepi da...jangan jadi cerita SEPI dah la..tak nak lah..sepi di hati,tapi gembira di fikiran..macam mana tu??aku sendiri pun komfius..aya....

AKU

pening jugak aku fikirkan masalah ni, tapi aku yakin, aku boleh hadapi semua ni dengan semangat yang kuat, dengan adanya kata-kata semangat yang diberikan kepadaku, itu pun sudah memadai bagi aku...lebat betul hujan arini, sejuk jugak tanah, tak lah terik sampai habuk pun berpusu2 cari mangsa nak melekat....semoga hari ini, hari yang membahagiakan aku, walaupun hanya diri aku je yang tahu... ;)

Bagaimana nak check HP anda Original ?

Cara nie boleh digunakan untuk semua jenis telefon
Taipkan code berikut :-

type *#06#

After you enter the code you will see a new code contain 15 digits:
43 4 5 6 6 1 0 6 7 8 9 4 3 5

- IF the digit number Seven & Eight is 02 or 20 that mean it was Assembly on Emirates which is very Bad quality
- IF the digit number Seven & Eight is 08 or 80 that mean it¢s manufactured in Germany which is not bad
- IF the digit number Seven & Eight is 01 or 10 that mean it¢s manufactured in Finland which is Good
- IF the digit number Seven & Eight is 00 that mean it was manufactured in original factory which is the best Mobile Quality ... make sure ur hphone is under this no.
- IF the digit number Seven & Eight is 13 that mean it was Assembly on Azerbaijan which is very Bad quality and very dangerous for health!!!

Rahsia tarikh Lahir Mengikut Haribulan

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya sensitif dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah terasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukkan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25

Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Bulan Kelahiran

JANUARI

bercita-cita tinggi dan orangnya serius
suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan
suka smart, kemas dan teratur
sensitif, berfikiran mendalam
pandai mengambil hati orang lain
pendiam kecuali setelah dirangsang
agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi
mudah mendisiplinkan diri sendiri
badan sehat tetapi mudah diserang selesema
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkanya
cukup sayang kepada kanak-kanak
suka duduk di rumah
setia pada segalanya
rajin belajar dan kemahiran sosial
sikap cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

berfikiran abstarak
sukakanbenda yang realiti dan abstrak
inteligent, bijak dan genius
berpersonaliti yang mudah berubah
mudah menawan orang lain
agak pendiam, pemalu dan rendah diri
jujur dan setia pada segalanya
keras hati untuk mencapai matlamat
tidak suka dikongkong
mudah memberontak jika dikongkong
suka kegiatan lasak
emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
mudah mempamirkan marahnya
tidak suka kepada benda remeh temeh
suka berkawan tapi kurang mempamerkanya
sangat berani dan suka memberontak
bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikanya
pemerhatian yang tajam
suka hiburan dan sukan
suka benda yang bersifat seni
sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran
berkecenderungan kepada benda yang tahyul
amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
belajar untuk mempamirkan emosi

MAC

berpersonaliti menarik dan menawan
mudah didampingi
sangat pemalu dan pemendam rasa
sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
suka pada kedamaian
sangat peka kepada orang lain
sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
tidak cepat marah dan sangat amanah
tahu balas budi dan kenang budi
pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
suka berangan-angan
suka melancong
sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
kelam kabut dalam memilih pasangan
suka dengan hiasan rumahtangga
punya bakat seni dalam bidang muzik
kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody

APRIL

sangat aktif dan dinamik
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
sangat menarik dan pandai manjakan diri
punya daya mental yang sangat kuat
suka dapat perhatian
sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
sangat berani dan tiada perasaan takut
suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
emosi cepat terusik jika tidak terkawal
berkecenderungan bersifat dendam
agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
kuat daya ingatan
gerak hati yang sangat kuat
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
berpenyakit di sekitar kepala dan dada
sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

keras hati dan degil
kuat semangat dan bermotivasi tinggi
pemikiran tajam
mudah marah jika tidak dikawal
pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
perasaan yang sangat mendalam
cantik dari segi mental dan fizikal
tidak perlu dimotivasikan
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
mudah dipujuk
bersikap sistematik ( otak kiri )
suka berangan
kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain
mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan
daya khayalannya tinggi
pemikiran yang tajam
pandai berdebat
fizikal yang baik
suka sastera, seni, muzik dan melancong
tidak berapa suka duduk dirumah
tidak boleh duduk diam
tidak punya ramai anak
rajin dan bersemangat tinggi
agak boros

JUN

berfikiran jauh dan berwawasan
mudah ditawan kerana sikap baik
perangai lemah lembut
mudah berubah sikap, sangat banyak idea
bersikap sensitif
otak sentiasa aktif berfikir
sukar melakukan sesuatu dengan segera, suka menanguh-nangguh
sikap pemilih kerana selalu inginkan yang terbaik dan cerewet
cepat marah dan cepat sejuk
suka bercakap dan berdebat
suka buat lawak dan bergurau
otak cerdas dan berangan-rangan
mudah dan pandai berkawan
orangnya sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
mudah terkena selesema
suka berkemas
cepat rasa bosan
kurang pamerkan perasaan
lambat sembuh bila terluka hati
suka barangan berjenama
mudah jadi eksekutif
kedegilan yang tidak terkawal
siapa yang memuji saya adalah musuh saya, siapa yang menegur saya adalah kawan saya

JULAI

seronok didampingi
banyak berahsia dan sukar dimengerti ( terutama lelaki )
agak pendiam kecuali diransang
ada harga dan maruah diri
tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah jika disusahkan
mudah dipujuk dan bersikap lurus
sangat menjaga hati orang lain
sangat peramah
emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hati dan lambat pulih
berjiwa sentimental
kurang berdendam
mudah memaafkan tetapi sukar melupakan
tidak suka benda remeh temeh
membimbing cara fizikal dan mental
sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
layanan serupa kepada semua orang
tinggi daya simpati
pemerhatian yang tajam
suka manilai orang lain dengan pemerhatian
mudah dan rajin belajar
suka muhasabah diri
suka mengenang peristiwa atau kawan lama
suka mendiamkan diri dan duduk di rumah
suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
tak agresif kecuali terpaksa
lemah dari kesihata bahagian perut
mudah menjadi gemuk jika tak dikawal
minta disayangi
terlalu mengambil berat
rajin dalam membuat kerja

OGOS

suka berlawak
mudah tertawan kepadanya
sopan santun, caring terhadap orang lain
berani dan tidak tahu takut
agak tegas dan bersifat berkepimpinan
pandai memujuk
terlalu pemurah dan bersikap ego
nilai harga diri sangat tinggi
dahagakan pujian
semanagt juang yang luar biasa
cepat marah dan mudah mengamuk teruma cakapnya dilawan
sangat cemburu
daya permehatian tajam dan teliti
cepat berfikir dan berdikari
suka memimpin juga dipimpin
suka barangan-angan
berbakat dalam seni lukis, hiburan, dan silat
sangat sensitif tetapi tak mudah merajuk
mudah mendapat penyakit
sentiasa belajar untuk relax
kelam kabut
romantik, pengasih dan penyayang
suka mencari kawan

SEPTEMBER

sangat besopan santun dan betolak ansur
sangat cermat, teliti, dan teratur
suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
pendiam tetapi pandai bercakap
sikap sangat cool, sangat baik, dan mudah simpati
sangat prihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur
sensitif kepada sesuatu yang tidak diketahui
banyak berfikir
daya penakakulan yang baik
otak bijak dan mudah belajar
suka mencari maklumat
mengawal diri dari selalu mengkritik
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami orang lain ( daya firasat tinggi ) dan banyak simpan rahsia
sukakan sukan, hiburan, dan melancong
kurang menunjukkan perasaan
lama menyimpan jika terluka hati
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yang luas
bersistematik

OKTOBER

suka sembang
suka orang sayang padanya
suka ambil jalan tengah
sangat menawan dan sopan santun
kecantikan luar dan dalam
tidak pandai berbohong dan berpura-pura
mudah rasa simpati, baik, dan pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hati mudah terusik, tetapi meraju tak lama
cepat marah
macam pentingkan diri sendiri
tidak menolong orang jika tidak diminta
suka melihat dari perspektif sendiri
tidak suka terima pandangan orang lain
emosi mudah terusik
suka berangan-angan dan pandai bercakap
emosi yang kelam kabut
daya firasat yang sangat kuat ( terutama perempuan )
suka melancong, bidang sastera, dan seni
pengasih, penyayang, dan lemah lembut
romantik dalam percintaan
mudah terusik hati dan cemburu
ambil berat tentang orang lain
suka kegiatan luar
orang yang adil
boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
mudah patah semangat

NOVEMBER

banyak idea dalam sesuatu perkara
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubah
otak dan pemikiran yang sangat tajam
cara berfikir lain dari orang lain
berfikiran kehadapan, unik, dan bijak
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
amanah, jujur, setia, dan pandai berahsia
daya firasat sangat halus dan tinggi
bagus sebagai doktor
cermat dan teliti
personaliti dinamik
tidak hargai pujian
bercita-cita tinggi
terlalu degil dan keras hati
apabila hendak akan diusahakan sehingga berjaya
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendak
pandai mendorong diri sendiri
berani, pemurah, setia, dan banyak kesabaran
mudah ambil berat terhadap orang lain
tak suka marah kecuali tergugat
pandai muhasabah diri
romantik
tidak pasti dengan imbangan kasih sayang
suka duduk di rumah
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi

DISEMBER

sangat setia dan pemurah
bersifat patriotik
sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
bercita-cita tinggi
suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
seronok didampingi
pandai buat lawak dan berfikiran dengan lojik
suka bercampur dengan orang
suka dipuji, diberi perhatian, dan dibelai
sangat jujur, amanah, dan bertolak ansur
tidak pandai berpura-pura
cepat marah
sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
perangai yang berubah-ubah
tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
benci pada kongkongan

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir

Rahsia Tarikh Lahir Kaedah Sains Metafizik.

Mengungkap Rahsia Tarikh Lahir Anda Dengan Menggunakan Kaedah Sains Metafizik Dengan Ketepatan Sehingga 90%. Percayakah Anda, Tarikh Lahir Anda Menceritakan Segalanya.

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir- Dr Fadhilah Kamsah.

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981

2 + 0 = 2

Maka kotak pertama adalah 2..
Kemudian campurkan kesemua nombor..

2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:

2 + 6 = 8

Maka kotak kedua adalah 8..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua

2 + 8 = 10

Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi

1 + 0 = 1

Maka kotak ketiga ialah 1..
hasilnya..

2: Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam
diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda
akan menjadi seorang yang berguna.

RAHSIA TARIKH LAHIR.

Percayakah anda bahawa dengan TARIKH LAHIR kita boleh mengetahui pelbagai rahsia diri sendiri seperti Kerjaya, Perniagaan, Kesihatan, Perhubungan, Kekayaan, Keserasian, Arah Kejayaan dan banyak lagi?

Berdasarkan TARIKH LAHIR seseorang dan dengan menggunakan penemuan sendiri Metodologi Penyahkod, anda boleh mengetahui tentang diri anda ataupun orang lain secara hampir menyeluruh. Anda boleh mengetahui perwatakan individu seperti sikap dan personaliti seseorang. Dengan membongkar secara lebih mendalam, anda juga dapat mengetahui tentang Kesihatan, Kerjaya, Perniagaan, Hala Tuju Terbaik seseorang serta Kesesuaian dan Perhubungan dengan individu lain.

RAHSIA TARIKH LAHIR akan memainkan peranan sebagai ‘Paksi’ untuk mengimbangkan kehidupan seseorang dalam mencapai kebenaran diri (self-actualization). Dengan menggunakan Metodologi ini anda boleh membantu diri anda untuk membongkar potensi yang tersembunyi serta memahami diri anda serta orang tersayang dengan lebih baik. Kami percaya TAKDIR seseorang tidak ditentukan. Berdasarkan Firman Allah swt yang menyeru supaya manusia mengubah nasib mereka sendiri, menguatkan lagi bahawa TAKDIR kita bukan telah ditentukan.

Firman ALLAH SWT, Surah Ar-Rad, Ayat 11 yang bermaksud,

“Sesungguhnya Tuhan (Allah) tidak mengubah keadaan sesuatu kaum (hambanya) sehingga mereka mengubah keadaan (sebab-sebab kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri.”

KERJAYA - Adakah anda di dalam industri dan memegang jawatan yang sesuai? Ketahuilah kerjaya yang paling sesuai untuk anda.

PERNIAGAAN - Adakah anda seorang yang berorientasikan perniagaan? Adakah anda dilahirkan untuk berkecimpung di dalam dunia perniagaan? Mengapakah perniagaan anda gagal? Seterusnya, daripada TARIKH PENDAFTARAN SYARIKAT anda, kami boleh melihat apakah yang bakal berlaku di dalam syarikat (masalah, halangan dan keupayaan untuk menempa kejayaan).

KESIHATAN - Dengan menggunakan kaedah metodologi ini boleh memberi amaran awal kepada anda tentang penyakit-penyakit yang bakal dihadapi.

PERHUBUNGAN - Kesesuaian seseorang adalah KUNCI kebahagiaan. Analisis TARIKH LAHIR boleh membantu untuk mengenalpasti pasangan ideal anda samada di dalam perniagaan atau di dalam kehidupan. Perhubungan dengan pasangan atau anak, baik atau buruk akan didedahkan. Mengetahui sekiranya wujud 2 perkahwinan di dalam kehidupan dan mengambil langkah kawalan. Mengetahui kebarangkalian berlakunya penceraian di dalam sesebuah rumahtangga.

KEKAYAAN - Dengan mengetahui TARIKH LAHIR anda boleh memperolehi CARTA yang menunjukkan turun naik kehidupan anda sejak kecil sehingga mencapai umur 120 tahun. Ianya secara jelas dapat menunjukkan bilakah peluang akan muncul. Anda seterusnya hendaklah menggunakan peluang tersebut apabila tiba masanya.

………………………………………………………….o0o0………………………………………………….

DUGAANKU..

semalam 9 ogos 2009,
aku ngan rose,
my best friends,
pergi ke bandar batu pahat,
cuaca time tu memang agak mendung,
sebab nak hujan dan memang jerebu,
samapi je area parit bilal,
hujan selebat2nya turun,
kitorang pun stop kat SHELL,
dalam 20 minit juga nak tunggu hujan berhenti,
sampai je kat bandar,
rupa2nya,
bandar tak hujan....
kitorang pun sampai la ke destinasi yang dituju,
sebelum tu singgah farmasi beli mask,
yela,
sekarang ni kan musim H1N1,
kesihatan kena dijaga..

sampai je,
terus pergi kedai yang aku beli handphone tu,
rupanya tempat memory card problem,
so handphone tu kena la hantar kat center untuk wat baik pulih,
balik tu guna la handphone sony K510i,
yang tak berapa canggih,
huhu..
minggu depan baru boleh ambil balik handphone aku tu,
balik tu sedih sikit juga la,
sebenarnya hari ni pun aku rasa kurang stress aku yang dah bersemak kat kepala,
sampai je kat rumah terus mandi, sembahyang dan makan,
aku pun tidur la kejap...
hehehe..
sedapnya dapat baring..

malam lepas magrib patutnya pergi berurut kat kampung sebelah,
rumah mbah monah,
tapi bila sampai sana,
dukunnya pulak tak berapa sehat,
so,,
terbatallah niat tu,
mak ajak berurut tempat lain,
memula tu memang tak nak pergi,
sebab tak pernah pergi tempat lain,
so,
nak tak nak,
kena jugak pergi sebab badan aku ni memang dah tak tahan sangat2,
sakit sangat2,
so aku ngan mak pun pergi la rumah dukun lagi satu ni,
aduhai,
sakit yang amat badan aku ni bila dia urut,
mula2 rasa nak jerit jer,
tapi aku kena la tahan,
tak kan la aku nak jerit pulak kan,
hampir sejam jugak la aku diurut,
time dah nak siap tu dia cakap,
peranakan aku tu jatuh,
tersentap aku time tu,
tapi dia dah betulkan,
time dia buat tu memang sakit sangat2,
tapi lepas tu perut aku rasa lega sangat..
pada malam yang sama ni jugak,
abang pun pergi berurut,
sebenarnya,
kalo abang sakit,
aku pun akan rasa sakit tu,
pendek cerita,
kalau sakit,
masing2 akan dapat merasa juga...
time dah setel semua,
abang mesej...
"dah siap lum??"
aku jawab la "baru je siap..."
tapi aku lum bagitau kat abang apa dah berlaku time tu,
abang pun badan dah rasa lega,
siap leh pergi merayap port biasa tengok bola,
balik rumah tu abang baru mesej,
then kitorang mesej la kejap,
tup tup aku yang terlelap gara2 tunggu abang pergi sembahyang...

abang....
ayang nak bagitau sesuatu ni,
tapi malam tadi bukan masanya,
ayang harap abang dengar betul2 ye...
good night abg...
sweet dreams...
zzzzzz..









keadaan kembali REDA...hehe

alhamdulillah...
setelah seminggu aku cuba mempraktikkan segala ilmu yang telah diberikan,
JUTAAN TERIMA KASIH terutamanya kepada kak julie, kak tieha, ared, yus, pia,
hati aku kembali tenang,
tenang untuk menghadapi apa jua situasi yang akan menghampiri aku,
yang akan aku lalui,
dan yang akan aku selesaikan,
sebenarnya,
tiada masalah yang tiada penyelesaiannya,

begitu juga aku,
aku kena kuatkan semangat untuk segala2nya,
jangan nanti orang lain boleh besar kepala dengan diri kita,
BE YOURSELF,
EVERYTHING WILL ALL RIGHT..


Hugs Myspace Comments
MyNiceSpace.com






show your LOVE

Jalan2 kE SerembAn



detik hati aku sebenarnya memang nak tak nak je aku jejak kan kaki ke seremban,
memula perancangan pergi berdua,
tapi atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan,
aku pergi seorang diri..
huhu,
sepanjang perjalanan dalam bus ke seremban,
hati aku ni macam2 aku fikirkan,
aku sebenarnya nak pulihkan merajuk hati aku ni,
bukan apa,
ye la,
kadang2 aku ni stress pun ye,
sakit ati pun ada,
pendek cite,
macam2 ada lah...
ayooo,
macam astro pulak..
dalam perjalanan tu,
hujan lebat sangat,
sejuk aku kat dalam bus tu taw,
nasib baik la bawak baju sejuk kesayangan aku tu,
kalau tak,
beku jugak aku nanti...

sampai je aku kat terminal,
aku terus col kak lily suruh dia amek aku,
tak berani lah nak naik bus,
sebab dah tak biasa kat seremban,
takot...
dah lah banyak mat indon,
eee...
seramlah..
malam tu aku tidur rumah kak mas,
dia baru pindah kat pulai impian,
lawa2 ar rumah kat sana,
hehe,
maklum ar umah banglo taw!!
besar macam tu 3 orang je yang menyewa..
aiya...
aku pun ape lagi,
sampai je sana,
aku amik la gambar aku..
hehe...



pic ni time tu aku tengah tunggu kak mas bersiap kat atas,
aku nak keluar,
tapi gril berkunci,
aku pun amek la pic aku kat situ,
hehehe...


kat tangga pun jadi jugak...
hehe,
tak ada sapa nampak pun,
tak per,
kan3.. ;p
selama aku kat sini,
aku dapat lupakan sekejap stress aku nih,
huhu..




aku sampai rumah kak miza dalam kol 12 tengah hari,
sampai je,
rombongan meminang pun saing ngan aku,
kitorang pun ape lagi,
duduk bersila terus kat atas tu dengar sekali rombongan tu masuk meminang,
hehe,
masing2 interframe muka,
adoiiii...

sebelum balik,
aku peluk erat2 kak miza,
sebab kami memang rapat sangat kat kolej,
akak pun dah anggap aku macam family dia,
mak ngan abah akak pun panggil aku adik,
memang close sangat,
sayang kak miza,
semoga akak bahagia bersama abang man...

ha..
ni la kak lily,
sama kelas tapi lain intake,
kak lily ni spooting sangat orangnya,
kalo dah jumpa,
masing2 gelak besar,
lagi2 kalo bercerita,
sebelum balik batu pahat,
aku lepak rumah dia sampai 2 jam,
sampai lupa nak balik,
sejam lagi nak kol 6 petang baru aku perasan yang aku kena naik bus kol 6,
tu la,
kejap sangat masa berlalu..

sebelum balik,
ada suh kak lily wat cuppy cake...
hehe..
ni la cuppy cake emergency... ;)





time ni muka aku tengah serabut,
sebab kelam kabut nak balik,
time ni syikin antar sampai terminal 1,
thanks syikin,
sekarang status dia adalah isteri orang taw,
wife kepada doktor,
bertuah badan kan,
tapi kesian,
laki dia kat manjung,perak,
dia kat seremban,
terpaksa berjauhan,

tak pe lah kin,
nanti dapatlah tranfer ikot husband ye...


bus gerak tepat kol 6 petang,
time tu aku rasakan masa begitu cepat sangat,
sampaikan aku rasa macam tak puas jumpa orang yang aku nak jumpa semalam dan hari ini,
tapi nanti ada masa,
aku datang seremban lagi,
kawana2,
tunggu aku ye,
hehe....

kol 9 malam smapailah aku kat bus10 batu pahat,
abang amik,
suka la tu,
dah lama tawtak keluar ngan abang,
mestilah suka,
thks abang sebab amik ayang... ;)
lepas tu pergi makan kat BP Walk,
then barulah ababg anta balik,
sampai rumah cepat2 mandi,
mesej abang kejap,
then terlelap pulak time tengah mesej..
hehehe.....

(p/s: ada sesuatu yang terjadi sebenarnya pada malam tu,
tapi aku tak nak tulis,
sebab aku tak ready nak kongsi dengan semua,
aku perlukan masa,
dan aku nak dia belajar tentang untuk memahami hati seorang perempuan)