USIA BLOG AKU

Lilypie First Birthday tickers

29.10.2009

bismillahhirrahmanirrahim....doa ku panjatkan kepada Tuhan yang lebih berkuasa di dunia ini..sesungguhnya aku hanya pinjaman sementara dan akan dipanggil semula menghadapNya satu hari nanti..hati aku begitu kuat getarannya, jantungku, nadiku, seolah2 memahami perasaan dan naluriku sebagai seorang hamba Allah yang kerdil ini dalam menempuhi alam kehidupan yang penuh berliku..begitu jugalah apa yang terjadi pada hubungan yang dah 11 bulan aku pertahankan ini..kadangkala untuk mengecapi kebahagiaan ianya mengambil masa yang singkat, dan ada juga yang mengambil masa yang panjang..semuanya adalah rezeki masing2..kita semua berbeza situasi, tapi tetap sama sebagai seorang insan bergelar manusia..

detik 12 malam, 29 oktober 2009 menjadi titik noktah perjalananku, bukan perpisahan, bukan juga penamatnya, tapi mungkin aku belum layak untuk disayangi ataupun untuk aku menerima kehadiran cinta..cinta itu tak boleh dipaksa, cinta itu buta, kadangkala tersilap cinta kita merana, tapi percayalah, cinta sejati ada untuk kita, tapi berusahalah mendapatkannya..

satu percaturan hidup ditentukan dah telah tertulis pada setiap perjalanan hidup kita yang dinamakan TAKDIR..kita hanya boleh merancang, tapi selebihnya Tuhan yang menentukannya..begitu juga dengan aku...setiap yang hidup, ada pasangannya, dan aku juga begitu..tapi, mungkin ini adalah jalan terbaik buat masa sekarang demi kebahagiaan kami berdua..BERPISAH untuk SEKETIKA, bagi ruang pada 22 pihak untuk mengenali lebih dekat siapakah sebenarnya pasangan kita tu..aku AKUR dengan keputusan yang dibuatnya, tapi naluri mana yang tak merasa sedih, airmata adalah satu yang tak boleh disembunyikan lagi..begitu sebak waktu itu, tatkala aku mendengar ucapan dari mulutnya sendiri yang inginkan kami berdiam, berpisah buat seketika..memang sukar untuk aku tempuhinya, tapi aku mesti teruskan hidup ni..aku tak nak kerana seorang lelaki aku hilang semangat, tapi aku nak semakin cekal untuk hadapi dugaan semua ini..

hampir 4 jam segala apa yang diinginkan dan apa yang tidak diinginkan, masing2 meluahkan isi hati..walaupun ada ketikanya aku tak dapat untuk menahan airmata mengalir laju keluar, hati aku masih lagi tertanya-tanya, kenapa akhirnya setelah 11 bulan ini yang dipinta?? kenapa semua ini berlaku tatkala 11 bulan aku bersamanya..tinggal sebulan je lagi untuk genapkan 12 bulan aku bersamanya..namun takdir telah menentukan segalanya, dan aku telah berusaha mempertahankannya selama ini..jika ini yang dipinta, walaupun berpisah sementara, bukan bermakna kami berpisah KASIH..aku akan ingat 3 perkara yang diminta iaitu KETENANGAN, KEBEBASAN & KERJAYA..dan 3 perkara yang mintak dijauhkan iaitu KONGKONGAN, PAKSAAN & TUDUHAN MELULU..

aku betul2 rasa kecewa pada mulanya, aku tak boleh hadapinya, tapi...hati aku kuat berkata, aku kuat, aku masih jauh lagi untuk menghadapi semua ni, sebab tu lah aku boleh menerima kenyataan ini dengan hati yang pedih terluka...kalau ada jodoh, ada la..kalau takda, aku terpaksa mencari haluan baru ku..doakan yang terbaik untuk ku...AMIN...


28.10.2009

hari ni genaplah 11 bulan aku & dia bersatu sebagai pasangan yang bercinta..kwang3..sepanjang perjalanan inilah, hebat dugaan yang melanda, kadangkala ianya begitu berat untuk aku, tapi aku sentiasa berusaha untuk menyelesaikannya...setiap ujian itu betul2 menduga kesabaranku dalam menempuhi setiap ruang itu...tapi, aku masih kuat sehingga hari ini untuk mempertahankan hubungan yang ada..aku juga berharap kebahagiaan itu milik aku jua..aminnn..so,today is our 11 month anniversary,aku harap aku dapat celebrate anniversary 1st year bulan depan..yuhuuu..hehehe....

Semuanya masih lagi dalam keadaan yang terkawal..


saat aku cuba mencari ruang untuk selesaikan masalah yang sedang melanda pada diri aku ni, saat tu jugalah aku perlu memikirkan banyak perkara yang kadang2 mungkin akan mempengaruhi keputusan aku, perasaan aku dan juga perasaan orang disekelilingku..memang aku menafikan, kadang2 aku terlalu terburu2 dalam membuat sesuatu keputusan sehinggakan aku belum cukup kuat untuk berfikir secara panjang..dan mungkin kerana itulah, kadang2 aku menyesal dengan tindakan yang aku buat..

berbalik kepada konflik yang kau alami 2-3 hari ni, aku baru sedar, terfikir, tentang perasaannya, aku tahu, dia juga sayangkan aku, ada sebab untuk dia lakukan semua ni untuk menyedarkan aku bahawa dia tak berniat untuk melukakan hatiku, tetapi cuba mengajarku erti kepercayaan..aku sedar semuanya setelah aku fikirkan sedalam2nya, aku cuba bertanya pada diri aku sendiri, tanpa dipengaruhi oleh sesiapa..cuma, nasihat daripada orang sekelilingku yang membuatkan aku lebih matang untuk cuba meleraikan konflik sekarang ni...

alhamdulillah, keputusannya, aku rasa abg sedang memberikan ruang kepadaku untuk aku cuba mencari di mana silapku itu..dan peluang yang diberikan ini, tak kan aku sia2 kan untuk kali ke2...aku harap, segala apa yang terjadi selepas ini, aku akan lebih matang untuk membuat keputusan sebelum aku bertindak...semoga aku diberikan peluang untuk menebus balik kesalahan ku itu...aku sayangkan dia, dan aku tak nak kehilangannya lagi...


aku akan buat yang terbaik untuk hubungan ni...jangan cepat mengalah,selesaikan bersama,pasti ada jalan penyelesaiannya..amin...yang penting..bersabar...

TANPA

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Chorus :

* Tanpa..
Cintamu aku resah
Tanpa..
Kasihmu aku hampa
Tanpa..
Dirimu aku mati
hohoo…

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Ku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
hohoo…

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Di saat ku melangkau usia yang ke-22 tahun..


first sekali, aku nak cerita yang best2..semalam, genaplah umurku 22 tahun..alhamdulillah, aku masih diberikan usia yang panjang untuk aku menempuhi duniaku yang kini masuk 22 tahun..18 oktober adalah tarikh yang palin aku nanti2 kan setiap tahun...sebab aku tak sabar untuk menunggu saat kedewasaan aku menghapiri ku...tepat kol 12 malam kelmarin, hp aku jem..haha..ada lagi yang masih ingatkan tarikh keramatku...thanks a lot kepada:

  • raihan ( kawan lama aku)
  • azie ( kawanku di melaka)
  • my sayang (alamak,apasal lak no.3 nih..ish2..)
  • aziq (tudm,kepala batas)
  • dyani (membe sekolah rendah dulu)
  • fikri (membe kelas time kat kolej)
  • kak miza (partner projek kolej dulu)
  • sephia uyu (maktab perguruan darul aman)
  • cubun (uitm s.alam)
  • faizal (seremban)
  • ros (my best friend)
  • faizal (penguatkuasa kastam,jb)
  • nina (tadi baru baca dapat kat YM)
  • kat fs (dayana,asmalaili,norel,diei,yati)
  • kat tagged (lum sempat nak listkan..hehe)
aku punya la tunggu abg wish happy birthday, tapi abg cuma msg je, tu pun sekerat jer...hurmmmm..aku bukan nak pape hadiah pun dari abg,aku cuma nak dia wish kat aku pun dah cukup..susah sangat ke nak wish,just dial my number then tekan col..pastu wish...adakah tu satu perkara yang amat berat baginya??nampaknya aku hanya berfantasi seorang diri..tapi kekusutan aku tu berbaloi,pabila saat tu ada juga kegembiraan yang aku dapat...membe ade gak yang membuatkan aku tak kering gusi,mau taknya,masing2 siap nyanyikan lagu happy besday kat aku...terharu sangat2..tapi alangkah bahagianya kalau abg yang nyanyikan pada aku saat tu...tapi,aku lum dapat lagi....


ini pulak kisah yang memilukan..huk33..

malam tadi, tetiba aku dapat mesej dari abg, mesej yang amat2 menyentuh hati aku...terlalu pedih untuk aku menelannya, untuk aku menerimanya..apakah perasaan anda semua apabila orang yang anda sayangkan, orang yang anda cintai, akhirnya mengucapkan kata perpisahan?? mesti kita akan begitu kecewa dengan keputusannya itu..kan3..bercinta bukan untuk sehari dua, bercinta bukan hanya sekadar melepaskan kekosongan jiwa hati yang kosong yang perlu segera diisi, tetapi bercinta lah dengan seikhlas hati, hati kita hanya satu, untuk dicinta dan dijaga..

puas aku cuba terangkan pada abg, apa salahku sampai abg tergamak buat keputusan camni..saat aku ingin mengecap kebahagiaan, tapi ucapan perpisahan berulang kali yang dipintanya..kalau hatinya ada pada orang lain, berterus terang pada aku adalah jalan yang terbaik, bukan menyembunyikannya..sebab bila aku tak tau pe masalah sebenarya sampai abg beriya nak clash, aku mula fikirkan 2 kemungkinan..pertama mungkin ada calon hati lain, kedua sebab abg tak mahu jelaskan ape yang terjadi pada abg sekarang ni..

semua ni membuatkan hati aku, jantung aku seolah2 terhenti pada nadinya...aku hilang semangat yang pada aku begitu besar, selama ni hati aku cukup tenang bersamanya, hari2 yang aku lalui juga begitu ceria, namun apabila ungkapan perpisahan terjadi, hati aku tak keruan...hati aku tercabar, seolah2 hati aku dipermainkan, bak lagu STACY-CINTA PAKAI BUANG...

Kenapa bah kau berubah…kenapa bah (2x)

Hello…kenapa kau tak jawab telefon
Dah berlepuh jari menekan nombor sama
Lepas berkali kali ku cuba

Ku sangka kau betul…betul jatuh cinta
Bodoh sungguh untuk terus percaya
Habis madu sepah dibuang sahaja

Ref:

Cinta ku bukannya jenis pakai buang
Biar lah lebih dari sehari
Apakah kau sangka ku cinta segera
Sakitnya hati dipermain

Cinta ku bukannya jenis pakai buang
Tidak mungkin hanya sementara
Apakah kau sangka ku cinta segera
Bayangkan la apa ku rasa

Kenapa bah kau berubah…kenapa bah (2x)

Baru saja kenal
Kau muncul semula
Mengatakan kau sudah berubah
Pujuk rayu sampaikan runtuh ke lutut
Hampir hampir ku mengalah
Untuk memberi kita peluang kedua
Tapi kini ku lebih arif
Untuk percaya janji lelaki… yeaah..yeaahh

Ref:

Kenapa bah kau berubah…kenapa bah.. (4x)

Jangan… jangan…
Jangan permainkan


tapi, hati aku masih lagi sayangkannya...belum masanya untuk aku melupakannya...




18 OKTOBER 1987


ESOK??
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
18 oktober 2009...
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
GENAPLAH umur aku,

22 TAHUN..!!!

esok aku x on9,

so...

aku nak wish untuk diri aku..


"HAPPY BIRTHDAY TO ME..

HAPPY BIRTHDAY TO ME..

HAPPY BIRTHDAY TO SITI AISAH..

HAPPY BIRTHDAY TO ME.."


happy birtday to me...

ouh..

tomorrow is my birthday,

aku berdoa semoga aku dipanjangkan umur,

di murahkan rezeki,

dipermudahkan untuk aku menjalani segala ujian dan dugaan dariNya,

diberikan kesihatan yang baik,

di permudahkan juga atas perhubungan ku bersama orang yang aku sayangi,

juga bersama keluarga ku yang tercinta,

tak lupa juga kepada kawan2 ku yang sentiasa menyokongku,

dan semoga aku akan lebih dewasa dan berfikir mengikut kewarasan akal fikiranku..

semoga perjalanan hidupku selama 22 tahun ini mematangkan aku,

mendewasakan aku untuk mengenali diriku,

dan aku tabah menjalani kehidupanku di hari esok dan seterusnya..

AMIN..




Mengapa Wanita Mudah Menangis


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?" "Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan. "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya " "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu" "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu?? kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya." "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya.. Tempat dimana cinta itu ada."

HARGAILAH SETIAP WANITA ^_^


SERBUAN KE JOHOR


pagi yang hening, suasana yang agak cerah seakan-akan mengizinkan aku untuk pergi ke johor..huhu..pas sembahyang subuh, terus mandi, bersiap, dan terus menuju ke bus10 batu pahat untuk ke jb..bus gerak kol 8 pagi, time tu cuma ada 6 penumpang jer, pastu lagi sorang tu driver bus...so semuanya 7 orang...aman sikit duk dalam bus tu sebab tak ramai orang, aku pun dok sorang jer...sampai larkin 10 minit awal...huhu..kol 9.50 dah sampai larkin, dan pada masa tu la membe aku ni baru nak otw amik aku kat larkin, so kene la tunggu dalam 20 minit....pas die datang, kitorang pun terus gerak ke Persada...


haaa....sampai je kat Persada, kitorang pun masuk dalam tu, tengok la pameran pasal perkembangan terbaru Nusajaya...banyak betul plan pembangunan yang dirancang IRDA kat Nusajaya tu..dah macam ala-ala Putrajaya la 2 tahun lagi ni..


inilah antara perancangan pembangunan kat Nusajaya..tengok je pun dah tak sabar nak tengok bangunan tu bila dah siap nanti..hehe..banyak jugak la pameran2 pasal pembangunan Nusajaya, ada la dalam 2 jam kitorang kat dalam Persada tu..saja jalan2, habiskan masa hujung minggu dengan jijah...lagipun lama dah tak jumpa jijah..rindu sangat...hehe



ha..ni la membe yang aku maksudkan tadi, dia merangkap kawan sekelas, satu kolej da satu rumah sewa dulu time blaja kat seremban, namaya azizah..aku panggil die jijah..nama glamour dia la tu..


time kitorang gi tu tak ramai lagi orang yang datang, so apa lagi, amik kesempatan la untuk tangkap gambar...sebenarnya aku tak de mood nak amek gambar, tapi dah membe aku ni sibuk suh amek gak, aku pun merelakanlah diri aku ni untuk bergambar..huhu..


apasal la muka aku time tu macam tak de semangat jer..huhu..time tu ada pulak orang kat luar tengok kitorang yang sibuk bergambar, tu yang aku tetiba jadi malu lak..hehe..


ni pulak, gambar sebelum balik...time tu perut masing2 dah berbunyi2 dah..so kene la cari makanan..hehe..kitorang gi round kat Festive Street Mall kat Danga Bay sat, pastu terus gi ke Perling, umah kak julie...sampai je umah kak julie, makan + tido..hehe..



petang lak, membe ajak kuar gi town..pe lagi, kitorang tengok wayang kat City Square...hahaha...tengok cite PAPADOM..memula nak tengok G-Force, tapi tiket kol 7.35 pm lak, so yang terdekat kol 7 pm ialah PAPADOM...ingatkan cite tu tak best, sekali dah masuk wayang, upenye leh tahan gak la...komedi + funny = best22...hehe....tak rugi la tengok...nak taw cane cite tu, korang gi la tengok ea..kang aku gtaw, dah tak best lak kan..hehehe..diam tak diam, wayang kitorang pun habis 2 jam kemudian, jam pun dah kol 9 pm..wuaaaa..kejapnya masa berlalu, dan aku pun kena balik...nasib baik la aku balik ngan my bro, kalau tak, habisla aku kene tinggal ngan bus..hahaha..nak menangis time tu pun tak guna..huhu...nasib baik my bro time tu nak balik kg malam, kalo balik petang, alamatnya aku tak pat la nak jalan2...kol 10 pm gerak balik with my bro, samapi umah kol 11.35 pm, terus cuci kai, cuci muka, then go to sleep..aku tak mandi, haha..sebab dah lewat sangat, sok pagi la baru mandi...aku tido lena malam tu..hehe...so, hujung minggu aku yang lepas ada lah jugak aktiviti yang aku wat, tak la aku rasa bosan kat umah tu...kepada jijah, nanti ada masa kita jumpa lagi yer...thks gak sebab bawak jalan2...miss u jijah...

:: PENING::
+
::RINDU::
+
::KERJA OH KERJA::



terasa pening kepala ni macam nak tunggu masa je otak2 aku ni keluar dari tempurung kepala aku..tapi janganla sampai keluar..heheh...tapi hari ni aku rasa sakit sangat2..nape ntah kepala aku nih..berdenyut2 semacam je..mata kanan aku lak dari petang semalam rasa macam ada benda melekat kat mata,tapi bila aku tengok kat cermin,takda la pulak yang pelik2 melekat kat mata aku ni..haisshhh..

rindu??aku rindu sapa??aku rindu kat mak aku,abah aku,syg cinta aku...petang ni pas je keja,aku nak balik kg..hehe..sebab aku tak tahan la,rindu sangat nak balik...rindu masakan mak aku,rindu kat bilik aku,bantal busuk aku..haha...

kerja ooo kerja...aku dah mula nak cari angin kerja lain..aku nak cari pengalaman dalam kerja lain..aku nak tambah pengalaman baru,suasana kerja yang baru,kawan kerja yang baru,bos baru,hahaha...semua tu akan aku laksanakan sikit hari lagi..yang penting sekarang ni,usaha dan jangan cepat give up..rezeki ada di mana2,tapi rezeki untuk aku,belum menyebelahi aku lagi...bersabar dan terus berusaha...chayok3x...amin







rindu datang bukan di paksa,
rindu datang dari hati,
hati yang sayang pada yang di rindu,
jiwanya rasa sesuatu untuk diluahkan,
berdebar-debar sebab ada rasa ingin tahu,
mencari di mana orang yang di rindu itu berada,
tap rindu tak datang selalu,
tapi rindu yang datang kadang-kadang,
terlalu dalam rindunya,
sampai hati tak sabar nak jumpa orang yang di rindu,
tapi rindu yang kerap kadang-kadang buat seseorang rimas,
bagai dikongkong,
tapi itu semua pada hati,
kalau tak da rindu,
mana kan datangnya sayang dan cinta,
tak ada rindu yang datang sendiri,
tanpa ada perasaan sayang dan cinta,
bila rindu,
sayang,
cinta bersatu,
barulah sempurna satu perasaan yang datang dari jiwa,
semua itu hanya bila kita betul-betul sayang pada orang yang kita sayang,
pasti jiwanya tenang,
tapi akan gelisah,
apabila belum berjumpa atau bersua dengannya..



JOM JALAN-JALAN


ni pic lepas sampai kat umah..huhu..sebab tak sempat snap pic ngn abg..;(



ni abg tak perasan aku snap pic nih..=p


bila dah nampak aku snap pic,abg mula la wat muka camni,sampai pic ni pun nmpk separuh je muka abg...


ni la coffee latte..


ni pulak hot coffee abg...



setelah berakhirnya ramadhan,kemudian disusuli syawal,selama itu jugalah aku belum lagi dapat berjumpa dengan orang yang aku sayang..sapa lagi,my sayang cinta la...;) seminggu sebelum puasa,ada la jugak kuar sat,raya ke5 pulak,baru beraya ngan abg..dan semalam,4 oktober 2009 baru la dapat kuar jalan2 ngan abg...tipu la kalau tak rindu,memang rindu sangat.....ingatkan abg bawak motor,yela balik kampung semalam pun dengan helmet sekali aku bawak,abg tak cakap pun arini abg bawak keta..ada jugak yang nak kena nih...last2,abg ckp,"tu la,nape tak tanya abg"....

petang tu cuaca sekejap cerah,sekejap mendung,tak lama ni mesti nak hujan...kol 2 petang baru abg sampai rumah...lepas salam ngan mak,ngan abah tak sempat...hehe,abg pun teruskan perjalanan ke lokasi yang ingin di tuju iaitu ke Square One,sebelum tu gi CIMB bank bank in duit,then baru lah ke Carrefour..jalan jem,yela hujung minggu kan,semua keluar jalan2 gak..

pas je dapat parking keta abg tu,terus ke tingkat 3,lokasi sasaran adalah panggung wayang..hehe...terus beli tiket wayang JIN NOTTI...tertera la kat situ wayang start jam 4.30 ptg,room 5,site AAA1..lepas je beli tiket wayang ternampak pulak 1 cerita G-Force..alamak,rasa rugi la pulak sebab terlepas nak tengok cite tu..hurmmm...abg pun time tu x perasan ade cite tu...wuaaaaa....



tepat 4.30 ptg,ktrg pun masuk dalam panggung dalam keadaan yang amat menyejukkan..abg terlupa bawak baju sejuk aku yang ada kat bahagian tempat duduk belakang..haish...nak tak nak,masuk dalam keadaan yang amat sejuklah..."abg,sejuk sangat nih..tu la,sape suh lupa bawak...wuaaaa..",abg pun jawab " abg pun tak teringat nak amik baju tu tadi,terus kuar keta,terus masuk dalam tu"...hurm..sejukkkkk.......kol 6.15 ptg barulah kuar dari panggung sejuk tu...menggigil badan nih,abag pun sama..cepat2 serbu ke toilet..haha..buang pape yang perlu...pastu g makan kat Coffee Rengit,aku makan rice with lemon chicken + coffee latte,abg lak mee tomyam + hot coffee...pas makan,kitorang pun balik...abg hantar aku balik umah angah,dan abg pulak balik kampung.."abg,thanks for today,n balik drive elok2 yer,sampai umah bagitaw","ye yang,abg balik dulu,ayg pun masuk umah cepat pastu gi mandi.."...abg sampai rumah kol 9 malam,pas setel mandi + sembahyang,rilex2 jap before go to sleep....hari ni adalah hari yang paling best sebab dapat kuar ngan abg..hehe..;)



KUNCI????

episod bertarikh 3 oktober 2009 akan menjadi satu pengalaman yang akan aku ingat sampai bila2..insiden ini amat melucukan hati sebenarnya...waktu tu,aku bersiap2 nak balik kerja,punya excited nak balik,aku pun terus menuju ke motor kesayangan aku untuk balik...dalam keasyikan aku nak balik,aku ada bukak site bawah motor untuk letak barang2 aku,especially wallet,bukan apa untuk keselamatan,dan dalam masa yang sama itulah aku termasuk kan sekali kunci motor aku...sebelum tu aku rasa macam aku dah letak kat motor,tapi rupenya kunci tu termasuk gak..aduiiiii...time tu pulak hujan lebat,aku dah buntu tak tau nak wat apa saat tu...dalam kepala otak yang aku fikir hanya untuk cepat2 balik...ni la akibatnya kalau terburu2 nak balik...=P

pada saat tu lah cepat2 jari ni meraba hp lagi satu,iaitu hp line maxis,hp line celcom pun dah aku sumbat sekali kat bawah tu,aduhaiii...dengan kredit yang cukup2 saja ni,aku terus mintak bantuan kecemasan daripada abg..hehe...puas jugak col abg,tak dapat2,kali ke3 col,baru abg angkat...suruh abg col balik memandangkan kredit tidak mengizinkan untuk aku cakap banyak2...lama jugak aku ngan abg fikirkan jalam untuk selesaikan masalah ni,dalam 7 minit perbualan tu jugalah abg amik keputusan untuk membantu aku...yuhuuuuu...sedikit kegembiraaan terpancar dari dalam hati aku...

abg bagitau,abg akan amik kunci pendua kat rumah mak,then datang sini,hantar kunci tu...40 minit kemudian,abag datang....sampai je abg kat situ,abg tersengih2 tengok aku keletihan + kesejukan di kala hujan turun waktu tu....abg pun cakap camne la ley kunci tu terikut sekali masuk dalam tu...aku tak mampu nak berkata2 hanya senyuman dalam erti kata tak tahan menahan lucu...aduiiii...lepas semuanya selesai,abg cadangkan motor aku dihantar balik ke rumah angah aku...ujan2 pun redah jer...lepas tu balik kampung dengan abg naik keta abah abg..huhu..ni la 1st time abg drive dan aku duduk di sebelah abg..hehe...

30 minit kemudian,sampai la aku di rumah...thks abg atas bantuan kecemasan tadi....abg pun pesan,lain kali,kunci jangan nak mengada2 simpan bawah motor lagi...huhu...sebenarnya abg tengah perli...hurmmmm...ye la bang...ni pun sebenarnya 1 pengajaran kat aku,moralnya jangan balik terburu2..hehehe...sampai rumah mak ngan abah pun ley gelakkan aku atas apa yang terjadi padaku itu..aduhaiiii...memeng ni satu kejadian yang amat melucukan + membuatkan aku panik..hahaha..apa pun,masalah ni dah setel dan aku tak sabar untuk tunggu hari esok..
apa yang akan terjadi pada hari esok???tungguuu... =)