USIA BLOG AKU

Lilypie First Birthday tickers

aku rasa terharu bila baca statement ni dari blog CIK EPAL..



ayat ayat manis lelaki masa tengah HOT HOT bercinta...



"abang ni pendengar yang setia..ayang boleh cerita apa je kat abang"

"abang suka ayang SEKSI SEKSI...menaikkan nafsu abang tauu..cantik ayang..abang SUKA SANGAT..."

"abang tak kesah kalau ayang gemok nanti pon..abang akan terima seadanya..makan la..abang belanja ni..abang baru dapat gaji ni.."
(time ni kurus lagi la)

"kalau ayang busy...ayang bagi tahu ea...tak pe..abang tunggu..ayang pergi la menari poco poco dulu ok.."

"walau ayang susah macam mana pon..abang akan sentiasa di sisi ayang..bersama dengan ayang time susah dan senang..kalau ayang terlanggar batu pon takpe..nanti abang marah batu tu ok.."



ayat ayat laaagggiii "manis" lelaki masa tertangkapnya berlaku curang...


"kau ni banyak sangat la masalah...settle kan sendiri tak boleh ke?? sikit sikit nak mengadu..bosan dengar cerita kau ni.."

"kau ni banyak songeh la..gedik betol..sekejap macam tu..sekejap macam ni.."

"adoii...kau ni..banyak sangat cakap la..bingit telinga aku tahu tak?? bising betul..asyik membebel je...RIMAS!!!"

bila tengah bercinta elok je guna "ayang dengan abang"..bila dah kantoi CURANG..eh! terus guna "aku dengan kau" pulak???
kenapa lelaki berlaku CURANG?? ok...mari kita TERJAH!!


-terjumpa lak awek lama dulu..dan teringat lah memori masa bercanda di pasiran pantai dahulu..teringat kembali suka duka bersama..
-kerjaya aweknya lebih baik berbanding lelaki itu sendiri..lelaki tu merasakan tidak setaraf dan perkara tersebut sering dibangkitkan dalam perbualan..
-aweknya terlampau CEMBURU...bila semua benda nak dikawal..semua benda nak tahu..nak pergi toilet pon nak kena bagi tahu...lelaki tu pon RIMAS..lelaki tu rasa..
baik dia CURANG je..
-lelaki itu belum bersedia untuk memberi komitmen.. (dah tahu tak sedia bagi komitmen nak menggatal jugak..hehh)
-hendak mencari yang terbaik...so..lelaki tu pon pasang la banyak banyak..nak cari yang terbaik la SANGATTT kannnn...
-nak ENJOY! nak ENJOY! nak ENJOY dengan pelbagai jenis perempuan....konon nak memanfaatkan masa muda itu dengan BERCOUPLE dengan semua perempuan HOT HOT..


bagi pendapat aku la..lelaki curang ni..selalunya BOSAN dengan perempuan tu..bila dah BOSAN..sibuk la MENGGATAL cari yang lain..which is actually perempuan perempuan tu lebih kurang sama je..pantang nampak yang LAWA..yang cantik tertarik kau memang da bomb..
mulaaaaaaaaaaa nak MENGGATAL..mengenyam...hehhh....kalau nak cakap pasal curang..kemungkinan ada dua faktor lagi...

first: lover or wife pay less attention to their men needs
second: dah perangai tu macam PLAYBOY..sampai ke tua bangka lah macam tu jugak..tak berubah...hehhh..



aku ada jugak la pengalaman face dengan lelaki curang ni..uihh..sangat menyakitkan hati woo...makan dalammm beb...kalau tak kuat..mahu bunuh diri juga dibuatnya..meroyan jugak la aku memula tu..bayangkan la..aku dah setia bagai nak rak..yang lelaki tu dok sedap sedap bermesra dengan perempuan lain...bersayang sayang dengan perempuan lain...
mana la aku tak panas...sabar jugak memula tu..bagi CHANCE..bukan 2 3 chance aku bagi..ni nak dekat berbelas berpuluh chance aku bagi..kata nak berubah..ok la..berubah kejap..then nampak perempuan lawa lagi...mulaaaaaaaaaa lagi perangai ULAT BULU dia naik memuncak..hehh..


apa yang kau nak dari perempuan sebenarnya?? sebanyak mana perempuan yang kau nak mainkan?? berapa banyak perempuan kau nak tipu?? syok ke tipu tipu orang?? boleh la nak BANGGA dengan semua orang yang kau banyak stok stok awek?? nak tunjuk la kat semua orang yang kau sangat diligai oleh ramai perempuan?? errrr...pleaseeee la..sangat SAMPAH SARAP..


malu la sikit kat diri kau..lelaki..kau nak jadi PEMIMPIN..kau nak jadi ketua keluarga..kau juga seorang khalifah kat dunia ni...jangan MEMALUKAN diri sendiri dengan perangai kau yang tak semenggah ni....


kalau la ada lelaki KACAK atau yang perasan KACAK baca blog aku ni..tolong laaa...jangan RIAK..jangan TAKABBUR..jangan BONGKAK dengan kesempurnaan wajah yang dipinjamkan tu..benda tu sementara je pon..tak payah la nak BERLAGAK sangat walau kau KACAK mana sekalipon..
"bila insan berjalan dengan angkuh di muka bumi NYA..yang maha ESA melihatnya lebih kerdil daripada seekor semut"




maybe juga semua pengalaman tu..sedikit sebanyak mematangkan aku jugak...apa yang aku belajar la..jangan sayangkan lelaki 100%..dan jangan TERLAMPAU sayang kat lelaki..jangan terlampau bergantung harap sangat kat lelaki..bagi aku la..perempuan zaman sekarang kena INDEPENDENT dan harus ada kerjaya jugak...lepas ni..kalau aku nak bercinta pon..aku harap lelaki tu..boleh SETIA dan terima aku seadanya la...sometimes rasa macam PENAT gila bercinta dengan orang yang CURANG dan asyik tipu aku ni..hehh...


mesti ada lelaki lelaki yang baca entry ni akan cakap jugak..
"eleehhh..perempuan pun curang jugakkk"..
haaa..yang tu memang aku akui la..tak nafikan la..ada sesetengah perempuan yang GATAL MEGHENYAM juga...bukan sebab aku perempuan nak cakap LELAKI je yang CURANG..but bila aku dah rasa benda tu...sakit sangat sangat..down gila aku time tu..
Alhamdulillah sekarang ok dah la...



to sum up.. At-toyyibat lit-toyyibin..begitulah sebaliknya..lupakan segala kegundahan..teguhkan diri pada cinta hakiki..nescaya cinta si dia yang soleh turut kau miliki..insyaAllah yang lebih baik sedang menanti..Amin..


p/s: "hati WANITA bukan untuk DIPERMAINKAN"


0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.