USIA BLOG AKU

Lilypie First Birthday tickers

29.10.2009

bismillahhirrahmanirrahim....doa ku panjatkan kepada Tuhan yang lebih berkuasa di dunia ini..sesungguhnya aku hanya pinjaman sementara dan akan dipanggil semula menghadapNya satu hari nanti..hati aku begitu kuat getarannya, jantungku, nadiku, seolah2 memahami perasaan dan naluriku sebagai seorang hamba Allah yang kerdil ini dalam menempuhi alam kehidupan yang penuh berliku..begitu jugalah apa yang terjadi pada hubungan yang dah 11 bulan aku pertahankan ini..kadangkala untuk mengecapi kebahagiaan ianya mengambil masa yang singkat, dan ada juga yang mengambil masa yang panjang..semuanya adalah rezeki masing2..kita semua berbeza situasi, tapi tetap sama sebagai seorang insan bergelar manusia..

detik 12 malam, 29 oktober 2009 menjadi titik noktah perjalananku, bukan perpisahan, bukan juga penamatnya, tapi mungkin aku belum layak untuk disayangi ataupun untuk aku menerima kehadiran cinta..cinta itu tak boleh dipaksa, cinta itu buta, kadangkala tersilap cinta kita merana, tapi percayalah, cinta sejati ada untuk kita, tapi berusahalah mendapatkannya..

satu percaturan hidup ditentukan dah telah tertulis pada setiap perjalanan hidup kita yang dinamakan TAKDIR..kita hanya boleh merancang, tapi selebihnya Tuhan yang menentukannya..begitu juga dengan aku...setiap yang hidup, ada pasangannya, dan aku juga begitu..tapi, mungkin ini adalah jalan terbaik buat masa sekarang demi kebahagiaan kami berdua..BERPISAH untuk SEKETIKA, bagi ruang pada 22 pihak untuk mengenali lebih dekat siapakah sebenarnya pasangan kita tu..aku AKUR dengan keputusan yang dibuatnya, tapi naluri mana yang tak merasa sedih, airmata adalah satu yang tak boleh disembunyikan lagi..begitu sebak waktu itu, tatkala aku mendengar ucapan dari mulutnya sendiri yang inginkan kami berdiam, berpisah buat seketika..memang sukar untuk aku tempuhinya, tapi aku mesti teruskan hidup ni..aku tak nak kerana seorang lelaki aku hilang semangat, tapi aku nak semakin cekal untuk hadapi dugaan semua ini..

hampir 4 jam segala apa yang diinginkan dan apa yang tidak diinginkan, masing2 meluahkan isi hati..walaupun ada ketikanya aku tak dapat untuk menahan airmata mengalir laju keluar, hati aku masih lagi tertanya-tanya, kenapa akhirnya setelah 11 bulan ini yang dipinta?? kenapa semua ini berlaku tatkala 11 bulan aku bersamanya..tinggal sebulan je lagi untuk genapkan 12 bulan aku bersamanya..namun takdir telah menentukan segalanya, dan aku telah berusaha mempertahankannya selama ini..jika ini yang dipinta, walaupun berpisah sementara, bukan bermakna kami berpisah KASIH..aku akan ingat 3 perkara yang diminta iaitu KETENANGAN, KEBEBASAN & KERJAYA..dan 3 perkara yang mintak dijauhkan iaitu KONGKONGAN, PAKSAAN & TUDUHAN MELULU..

aku betul2 rasa kecewa pada mulanya, aku tak boleh hadapinya, tapi...hati aku kuat berkata, aku kuat, aku masih jauh lagi untuk menghadapi semua ni, sebab tu lah aku boleh menerima kenyataan ini dengan hati yang pedih terluka...kalau ada jodoh, ada la..kalau takda, aku terpaksa mencari haluan baru ku..doakan yang terbaik untuk ku...AMIN...


0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.