USIA BLOG AKU

Lilypie First Birthday tickers

Semuanya masih lagi dalam keadaan yang terkawal..


saat aku cuba mencari ruang untuk selesaikan masalah yang sedang melanda pada diri aku ni, saat tu jugalah aku perlu memikirkan banyak perkara yang kadang2 mungkin akan mempengaruhi keputusan aku, perasaan aku dan juga perasaan orang disekelilingku..memang aku menafikan, kadang2 aku terlalu terburu2 dalam membuat sesuatu keputusan sehinggakan aku belum cukup kuat untuk berfikir secara panjang..dan mungkin kerana itulah, kadang2 aku menyesal dengan tindakan yang aku buat..

berbalik kepada konflik yang kau alami 2-3 hari ni, aku baru sedar, terfikir, tentang perasaannya, aku tahu, dia juga sayangkan aku, ada sebab untuk dia lakukan semua ni untuk menyedarkan aku bahawa dia tak berniat untuk melukakan hatiku, tetapi cuba mengajarku erti kepercayaan..aku sedar semuanya setelah aku fikirkan sedalam2nya, aku cuba bertanya pada diri aku sendiri, tanpa dipengaruhi oleh sesiapa..cuma, nasihat daripada orang sekelilingku yang membuatkan aku lebih matang untuk cuba meleraikan konflik sekarang ni...

alhamdulillah, keputusannya, aku rasa abg sedang memberikan ruang kepadaku untuk aku cuba mencari di mana silapku itu..dan peluang yang diberikan ini, tak kan aku sia2 kan untuk kali ke2...aku harap, segala apa yang terjadi selepas ini, aku akan lebih matang untuk membuat keputusan sebelum aku bertindak...semoga aku diberikan peluang untuk menebus balik kesalahan ku itu...aku sayangkan dia, dan aku tak nak kehilangannya lagi...


0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.